Pemilik Blog

My photo
Terima kasih di atas lawatan anda..... Esok datang lagi ya..............

Saturday, October 23, 2010

kesimpulan


Kreativiti guru dalam menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar sememangnya merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh setiap guru. Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sangat membantu dalam memperbetulkan masalah konsepsi pelajar. Oleh yang demikian, setiap insan yang bergelar guru tidak boleh mengeluh dalam mengajar para pelajar kerana tanpa guru siapalah lagi yang memikul tanggungjawab ini.

Aktiviti 2

Kelas     : Tahun 2 Cemerlang
Tarikh    : 26.10.2010
Bilangan pelajar    : 25 orang
Masa     : 10.10 am – 11.10 am ( 1 Jam)
Tajuk     : Isipadu Cecair
Bidang pembelajaran   : Pengenalan isipadu cecair
Objektif pembelajaran : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
-           menyukat dan membandingkan isipadu cecair  menggunakan ukuran piawai dan ukuran tidak piawai .
Hasil pembelajaran       : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya
-          Membuat perbandingan kapasiti dua cecair dengan menggunakan ukuran piawai dan ukuran tidak piawai.
Pengetahuan sedia ada pelajar :
-          Pelajar telah mempelajari tiga asas kapasiti cecair pada hari sebelumnya.
Kosa kata :
 isipadu, cecair, kapasiti, liter, mililiter, lebih, kurang, banyak, sama banyak.
strategi pengajaran        : Inkuiri penemuan
nilai murni                       : Kebersihan, menghargai air untuk kehidupan
bahan bantu mengajar : Sudu, Gelas, Silinder penyukat, Air, Baldi kecil, Mangkuk, Botol mineral, Cawan, Tudung botol

Masa
Aktiviti
Isi pelajaran
catatan
Set induksi
5 minit
1.   Guru menunjukkan silinder penyukat kepada murid.
2.   Guru bersoaljawab dengan murid.
3.   Guru memperkenalkan silinder penyukat kepada murid?
Soalan guru
1.      Pernahkah anda melihat benda ini?
2.      Cuba anda teka apakah kegunaan benda ini.
3.      Apakah tulisan yang dapat kamu lihat pada badan benda ini?

Langkah 1
15 minit
1.     Guru meletakkan dua gelas berlainan saiz yang berisi air di atas meja dan bersoaljawab dengan pelajar.
2.     Guru mengeluarkan air dalam kedua dua gelas tersebut dan membuat perbandingan
3.     Murid membuat perkiraan satu persatu bersama dengan guru.
4.     Seterusnya, guru mengisikan air tersebut satu persatu ke dalam silinder penyukat serta membimbing pelajar membaca sukatan.
5.     Guru menyimpulkan kepada murid bahawa kapasiti air tidak semestinya bergantung kepada aras air sebaliknya saiz bekas juga perlu diambil kira.
Soalan guru.
1.   Pada pendapat anda, gelas yang manakah mengandungi lebih banyak isipadunya?
2.   Adakah anda pasti?
3.   Mengapakah anda berpendapat sedemikian?
4.   Mari kita keluarkan air yang terdapat pada gelas ini dan lihat dengan menggunakan sudu.






Keputusan :    Gelas A = 6 sudu
                       Gelas B = 6 sudu
                       Gelas A = 150 ml
                       Gelas B = 150 ml
Abm
Sudu
Gelas (2)
Silinder penyukat ( milliliter )
Langkah 2
20 minit
1.   Murid dikehendaki berada dalam kumpulan yang sebagaimana hari sebelumnya.
2.   Pelajar dikehendaki membuat undian untuk mendapatkan soalan.
3.   Guru meminta wakil dari setiap kumpulan untuk mengambil bahan yang telah disediakan oleh guru.
4.   Pelajar diminta menyiapkan tugasan ini selama 15 minit
5.   5 minit selebihnya digunakan untuk guru berbincang dengan pelajar.
6.   Guru beredar sekitar kelas bagi memantau pelajar.
7.   Guru menekankan teknik membaca skala silinder penyukat dengan tepat.
Undian
1.      Baldi kecil
2.      Mangkuk
3.      Botol mineral
4.      Cawan
5.      Gelas

Arahan kepada pelajar.
Setiap kumpulan perlu mengira kapasiti air seperti yang tertera dalam cabutan anda dengan menggunakan 
1.      Tudung botol
2.      Sudu
3.      Silinder penyukat ( liter)
4.      Silinder penyukat ( milliliter )
Aktiviti dalam kumpulan
ABM
Air
Baldi kecil
Mangkuk
Botol mineral
Cawan
Gelas
Tudung botol
Sudu
Silinder penyukat ( liter)
Silinder penyukat ( milliliter )
Langkah 3
15 minit
1.     Guru mengedarkan latihan kepada pelajar.
2.     Pelajar dikehendaki untuk menyiapkan latihan ini secara individu.
3.     Pelajar diberi masa selama 10 minit untuk menyiapkan latihan ini.
4.     5 minit lagi diperuntukkan kepada guru untuk membincangkan jawapan bersama pelajar.
5.     Pelajar diminta untuk menyiapkan latihan yang terdapat dalam buku teks sebagai kerja rumah
Rujuk lampiran 2
-          Latihan membaca silinder.
ABM
Lembaran kerja
Penutup
5 minit
1.      Guru membuat rumusan berkaitan ukuran piawai dan ukuran tidak piawai.
2.      Guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai kegunaan air dalam kehidupan seharian.
3.      Guru menerapkan nilai berjimat cermat ketika menggunakan air.
4.      Pelajar diminta membayangkan Negara yang sangat memerlukan air.
Ukuran piawai
        menggunakan unit l dan ml
ukuran tidak piawai.
        sukatan yang tidak standard.

Soalan guru
1.      Apakah kegunaan air dalam kehidupan seharian kita?
2.      Bolehkah kita hidup tanpa air?
3.      Kita perlulah berjimat cermat ketika menggunakan air kerana kita takut kehilanggannya suatu hari nanti.
4.      Bayangkan jika kita berada di Negara yang kekurangan air, apakah perasaan anda?
Nilai murni
Berjimat cermat

Aktiviti 1


Setiap guru perlulah kreatif dalam merancang aktiviti yang akan dijalankan dalam kelas pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang menyeronokkan membolehkan pelajar mudah memahami apa yang ingin disampaikan disamping mengekalkan pengetahuan tersebut dalam memori mereka sekaligus membetulkan masalah konsep dalam diri pelajar. Setiap aktiviti yang dirancang juga perlulah melibatkan pelajar secara aktif agar mereka bersemangat untuk menyertai aktiviti.  Kebolehan guru sebagai perancang merupakan nadi utama halatuju pemikiran pelajar terutamanya apabila memperkenalkan konsep isipadu cecair.
Oleh yang demikian, saya merancang dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkenaan topik isipadu cecair untuk pelajar tahun dua. Diharap perancangan saya ini nanti dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran ketika waktu kelas saya.
Kelas     : Tahun 2 Cemerlang
Tarikh    : 25.10.2010
Bilangan pelajar    : 25 orang
Masa     : 7.20 am – 8.20 am ( 1 Jam)
Tajuk     : Isipadu Cecair
Bidang pembelajaran   : Pengenalan isipadu cecair
Objektif pembelajaran : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
-           Memahami maksud yang berkaitan dengan isipadu cecair.
Hasil pembelajaran       : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya
-          Membezakan 3 kapasiti air iaitu penuh, setengah dan kosong.
Pengetahuan sedia ada pelajar :
-          pelajar pernah melihat air yang disimpan di dalam sesuatu bekas.
-          Murid tahu akan keadaan penuh, setengah dan kosong dalam kontek berlainan daripada cecair.
Kosa kata :
 isipadu, cecair, kapasiti, sukatan, penuh, separuh, kosong, isikan, lebih, kurang, banyak
strategi pengajaran        : Inkuiri penemuan
nilai murni                       : Kebersihan, menghargai masa
bahan bantu mengajar : laptop, speaker, lirik lagu , lembaran kerja, mangkuk, gelas, botol mineral, botol susu
Masa
Aktiviti
Isi pelajaran
catatan
Set induksi
5 minit
1.   Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan sarapan pagi.











2.   Guru menerangkan perkaitan minum pagi dengan topik hari ini.
Soalan guru.
1.      Siapa ada sarapan pagi tadi?
-          Murid mengangkat tangan.
2.      Air apa yang kamu minum ketika sarapan pagi tadi?
-          milo, susu, the, air suam
3.      Banyak tak kamu minum?
-          Banyak / sedikit
4.      Semasa sarapan kamu minum penuh satu cawan ataupun kurang?
-          Penuh / tidak penuh sangat

Pagi ini, marilah kita melihat sama ada air yang kamu minum pagi tadi penuh ataupun tidak.

Langkah 1
15 minit
1.   Guru menunjukkan kepada pelajar 3 cawan yang diisikan dengan cecair seperti yang berikut:
-          cawan A = setengah
-          cawan B = penuh
-          cawan C = kosong

2.   guru meminta pelajar memikirkan tentang perbezaan kepasiti air tersebut.

3.   Murid memberi pandangan terhadap kapasiti air tersebut sambil bertukar tukar pandangan sesama kawan.

4.   Guru mengeluarkan idea murid melalui beberapa soalan.


5.   Guru menerangkan penggunaan kosa kata berkaitan dengan kapasiti air berpandukan bahan bantu mengajar tersebut.




Soalan guru
1.   Apakah yang dapat kamu lihat pada cawan tersebut?
-    Cawan A penuh cikgu tetapi cawan C tidak ada air.
2.   Kalau cawan B penuh, adakah ia lebih sedikit daripada cawan A dan C ?
-       Tidak cikgu, ia lebih banyak, paling sedikit ialah cawan C kerana ia tidak ada air
ABM
-          3 cawan
-          Air
















Kosa kata
-          Penuh
-          Setengah
-          kosong
Langkah 2
20 minit
1.   Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2.   Setiap kumpulan diedarkan kad arahan tugasan.
3.   Pelajar diberikan masa selama 10 minit untuk menjalankan aktiviti ini.



4.   Pelajar dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
5.   Pelajar diberi amaran agar tidak mbermain dengan air.
6.   Guru membetulkan kesilapan pelajar.


Sila isikan air dalam bekas berkenaan dan lakarkan dapatan anda pada rajah berikut.
1.  Botol mineral
( penuh )
2.  Gelas
(separuh )
3.  Mangkuk
( kosong )
4.  Botol susu
( penuh )


ABM
Botol mineral
Gelas
Mangkuk
Botol susu


Strategi
Inkuiri penemuan

Nilai murni
kebersihan
Langkah 3
15 minit
1.     Guru mengedarkan latihan kepada pelajar.
2.     Pelajar dikehendaki untuk menyiapkan latihan ini secara individu.
3.     Pelajar diberi masa selama 10 minit untuk menyiapkan latihan ini.
4.     5 minit lagi diperuntukkan kepada guru untuk membincangkan jawapan bersama pelajar.
5.     Pelajar diminta untuk menyiapkan latihan yang terdapat dalam buku teks sebagai kerja rumah

Rujuk lampiran 1
ABM
Lembaran kerja
Penutup
5 minit
1.   Guru memberi rumusan kepada murid.


2.   Murid berinteraksi dengan pelajar




3.   Guru membinbing murid mendendangkan lagu sungai
1.   Cecair adalah merupakan bahan yang berair dan tidak boleh dipegang.
2.   Tiga sukatan asas yang kita pelajari hari ini ialah:
-       Penuh
-       Setengah
-       kosong
lagu sungai
airmu mengalir
dari gunung jauh di sana
jernih dan sejuknya,
sungguh indah dipandang mata
kau tetap mengalir
walau apa, halangan tiba
tak berhenti henti, hingga sampai
di laut nanti
masa juga, kan berlalu
tak menunggu kita
gunakanlah, sepenuhnya
janganlah leka
kau tetap mengalir
walau apa, halangan tiba
tak berhenti henti, hingga sampai
di laut nanti




Kosa kata
-       Penuh
-       Setengah
-       kosong

ABM
Laptop
Speaker
Lirik lagu