Pemilik Blog

My photo
Terima kasih di atas lawatan anda..... Esok datang lagi ya..............

Wednesday, October 20, 2010

Proses menyukat isipadu cecair


Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa saiz bekas yang berbeza dapat mengelirukan kita dalam menentukan isipadu cecair. Oleh demikian, kita pada hari ini amat bertuah kerana dapat menggunakan unit standard untuk menentukan perkara ini. Pelajar sebenarnya pernah melihat ukuran standard isipadu cecair seperti yang terdapat pada botol ataupun tin minuman namun mereka tidak sedar akan perkara ini. Dengan memberikan bimbingan dan tunjuk ajar, maka seseorang guru akan dapat membantu mereka dengan sebaik mungkin.
            Terdapat dua sukatan yang kita dapat gunapakai dalam menyukat isipadu cecair pada tahap sekolah rendah iaitu milliliter  (ml ) dan liter ( l ). Dengan adanya unit ini, maka dapatlah kita mengurangkan masalah konsep pelajar terhadap perbezaan isipadu dalam dua atau lebih bekas yang berbeza saiz. Antara alat yang kita boleh gunakan ialah seperti  bikar, silinder penyukat dan sebagainya. Bagi menegaskan lagi perkara ini, saya sertakan sebuah video pendek berkenaan penggunaan alatan menyukat isipadu cecair yang saya perolehi dari laman : http://www.youtube.com/watch?v=iPkZlce84ag .



        Saya memilih video ini kerana ianya amat sesuai bagi kepada saya. Penerangan yang jelas membolehkan saya memahami apa yang diutarakan. Selain daripada itu, visual video ini amatlah terang dan bersahaja. Seterusnya saya akan membincangkan pula kaedah dan teknik menggunakan silinder penyukat seperti yang kita dapat tontoni melalui video ini.
        Setiap silinder penyukat adalah mempunyai skala yang sama dengan silinder penyukat lain. Biarpun saiz sesebuah silinder itu berbeza, namun kapasiti dalamnya tetap tepat kerana ianya standard. Sebelum menyukat isipadu, pastikan kita berada pada sebuah permukaan yang rata seperti sebuah meja. Penggunaan silinder penyukat amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah kerana ianya boleh didapati di makmal sains sekolah.

        Bagi proses menyukat pula, kita bolehlah menuangkan air ke dalamnya dan membuat kiraan yang tepat. Peranan kedudukan mata amatlah penting dalam memastikan ketepatan bacaan.bacaan yang tepat adalah berada selari dengan skala sukatan bukanya dari pandangan atas mahupun bawah seperti dalam gambar yang ditunjukkan.





        Sebagaimana yang telah ditunjukkan pada gambar ini, proses bacaan perlulah berada selari dengan aras cecair yang hendak disukat. Terdapat beberapa kemungkinan jawapan yang memuskilkan pelajar iaitu garisan aras cecair agak tebal. Namun demikian, adalah ditegaskan bahawa garis yang paling di bawah itulah merupakan jawapan yang paling tepat untuk menentukan aras cecair dalam silinder. Oleh demikian, adalah tanggungjawab seorang guru untuk menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci kepada pelajar kita agar mereka lebih faham dan masalah konsepsi dapat diatasi.

No comments:

Post a Comment