Bagi mengajar topik ini, bahan yang sesuai amatlah penting untuk menerang konsep isipadu cecair kepada pelajar. Sebagaimana matapelajaran yang lain, kriteria bahan yang digunakan perlulah diambilkira terlebih dahulu. Kesesuaian bahan bantu mengajar yang sesuai perlulah memiliki ciri seperti mudah didapati. Perkara ini membolehkan guru senang untuk mendapatkan bahan tersebut dan sekaligus menjimatkan masa guru. Selain daripada itu, bahan yang akan digunakan juga perlulah bersifat ekonomi dan tidak terlau mahal. Perkara ini akan membolehkan seseorang guru mendapatkan bahan tersebut dengan senang dan mudah.
Selain daripada itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga perlulah berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingat oleh pelajar jika dijadikan contoh. Tambahan pula, bahan bantu mengajar hendaklah sesuatu yang dikenalpasti oleh guru tersebut untuk direka dan digunakan. Aras pelajar juga perlulah diambilkira oleh guru sebelum memilih sesebuah bahan bantu mengajar.
Bahan bahan tersebut amatlah sesuai bagi saya untuk memperkenalkan isipadu cecair kerana ianya belum lagi melibatkan standard unit (ukuran piawai). Apa yang penting untuk saya ketengahkan ialah perkataan kurang, separuh, kosong, penuh dan lebih separuh. Sebagaimana yang kita ketahui, untuk peringkat tahun dua masih lagi belum menggunakan ukuran piawai, maka bahan yang saya bawa ke kelas adalah bahan yang tidak memerlukan sukatan yang paling tepat.
Maka dengan itu, saya memilih bahan ini kerana pada pendapat saya, ianya memiliki segala kehendak bahan bantu mengajar yang saya maksudkan tadi. Ianya pernah dilihat oleh pelajar sendiri ketika mereka berada di rumah dan kehidupan seharian malahan mereka sendiri pernah menggunakannya.
Selain daripada itu, bahan tersebut juga mudah didapati dan ada daripadanya merupakan bahan terbuang seperti botol mineral kosong. Secara tidak langsung, bahan yang saya gunakan ini dapat membantu pelajar menyemai semangat alam sekitar dalam diri mereka. Dari segi tahap mereka pula, tidak menjadi masalah yang menyukarkan mereka kerana semua pelajar sudah pasti kenal dengan bahan tersebut. Dengan ini, saya amat bersetuju dengan penggunaan bahan ini untuk tujuan memperkenalkan isipadu cecair kepada pelajar tahun dua di sekolah saya.
Bahan bantu mengajar yang sesuai bagi pendapat saya seterusnya pula ialah bikar dan silinder penyukat. Bahan ini dapat kita gunakan ketika mengajar para pelajar dalam memperkenalkan konsep isipadu cecair. Biarpun ianya mempunyai sukatan, namun ianya mudah dilihat dan diamati oleh pelajar. Tambahan pula, bahan ini selalunya ada di kawasan sekolah terutamanya di makmal sains. Selain daripada mendapat konsep isipadu, pelajar juga akan mendapat persoalan kegunaan skala sala di tepi bikar tersebut sekaligus menghasilkan semangat ingin tahu pelajar.
Bahan bantu mengajar yang sesuai bagi pendapat saya seterusnya pula ialah bikar dan silinder penyukat. Bahan ini dapat kita gunakan ketika mengajar para pelajar dalam memperkenalkan konsep isipadu cecair. Biarpun ianya mempunyai sukatan, namun ianya mudah dilihat dan diamati oleh pelajar. Tambahan pula, bahan ini selalunya ada di kawasan sekolah terutamanya di makmal sains. Selain daripada mendapat konsep isipadu, pelajar juga akan mendapat persoalan kegunaan skala sala di tepi bikar tersebut sekaligus menghasilkan semangat ingin tahu pelajar.
Silinder penyukat dan juga bikar juga amat sesuai digunakan apabila memperkenalkan konsep isipadu cecair kerana bahan inilah yang bakal kita gunakan pada peringkat yang lebih tinggi. Hal ini membolehkan pelajar menjadi biasa dan tidak janggal lagi apabila melihat silinder penyukat dan juga bikar suatu masa kelak. Namun demikian, isu keselamatan juga perlu didedahkan agar tidak berlaku kemalangan ketika menggunakan bahan ini.
No comments:
Post a Comment