Setiap guru perlulah kreatif dalam merancang aktiviti yang akan dijalankan dalam kelas pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang menyeronokkan membolehkan pelajar mudah memahami apa yang ingin disampaikan disamping mengekalkan pengetahuan tersebut dalam memori mereka sekaligus membetulkan masalah konsep dalam diri pelajar. Setiap aktiviti yang dirancang juga perlulah melibatkan pelajar secara aktif agar mereka bersemangat untuk menyertai aktiviti. Kebolehan guru sebagai perancang merupakan nadi utama halatuju pemikiran pelajar terutamanya apabila memperkenalkan konsep isipadu cecair.
Oleh yang demikian, saya merancang dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkenaan topik isipadu cecair untuk pelajar tahun dua. Diharap perancangan saya ini nanti dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran ketika waktu kelas saya.
Kelas : Tahun 2 Cemerlang Tarikh : 25.10.2010 Bilangan pelajar : 25 orang Masa : 7.20 am – 8.20 am ( 1 Jam) Tajuk : Isipadu Cecair Bidang pembelajaran : Pengenalan isipadu cecair Objektif pembelajaran : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat - Memahami maksud yang berkaitan dengan isipadu cecair. Hasil pembelajaran : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya - Membezakan 3 kapasiti air iaitu penuh, setengah dan kosong. Pengetahuan sedia ada pelajar : - pelajar pernah melihat air yang disimpan di dalam sesuatu bekas. - Murid tahu akan keadaan penuh, setengah dan kosong dalam kontek berlainan daripada cecair. Kosa kata : isipadu, cecair, kapasiti, sukatan, penuh, separuh, kosong, isikan, lebih, kurang, banyak strategi pengajaran : Inkuiri penemuan nilai murni : Kebersihan, menghargai masa bahan bantu mengajar : laptop, speaker, lirik lagu , lembaran kerja, mangkuk, gelas, botol mineral, botol susu | |||||||||||||
Masa | Aktiviti | Isi pelajaran | catatan | ||||||||||
Set induksi 5 minit | 1. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan sarapan pagi. 2. Guru menerangkan perkaitan minum pagi dengan topik hari ini. | Soalan guru. 1. Siapa ada sarapan pagi tadi? - Murid mengangkat tangan. 2. Air apa yang kamu minum ketika sarapan pagi tadi? - milo, susu, the, air suam 3. Banyak tak kamu minum? - Banyak / sedikit 4. Semasa sarapan kamu minum penuh satu cawan ataupun kurang? - Penuh / tidak penuh sangat Pagi ini, marilah kita melihat sama ada air yang kamu minum pagi tadi penuh ataupun tidak. | | ||||||||||
Langkah 1 15 minit | 1. Guru menunjukkan kepada pelajar 3 cawan yang diisikan dengan cecair seperti yang berikut: - cawan A = setengah - cawan B = penuh - cawan C = kosong 2. guru meminta pelajar memikirkan tentang perbezaan kepasiti air tersebut. 3. Murid memberi pandangan terhadap kapasiti air tersebut sambil bertukar tukar pandangan sesama kawan. 4. Guru mengeluarkan idea murid melalui beberapa soalan. 5. Guru menerangkan penggunaan kosa kata berkaitan dengan kapasiti air berpandukan bahan bantu mengajar tersebut. | Soalan guru 1. Apakah yang dapat kamu lihat pada cawan tersebut? - Cawan A penuh cikgu tetapi cawan C tidak ada air. 2. Kalau cawan B penuh, adakah ia lebih sedikit daripada cawan A dan C ? - Tidak cikgu, ia lebih banyak, paling sedikit ialah cawan C kerana ia tidak ada air | ABM - 3 cawan - Air Kosa kata - Penuh - Setengah - kosong | ||||||||||
Langkah 2 20 minit | 1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. 2. Setiap kumpulan diedarkan kad arahan tugasan. 3. Pelajar diberikan masa selama 10 minit untuk menjalankan aktiviti ini. 4. Pelajar dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. 5. Pelajar diberi amaran agar tidak mbermain dengan air. 6. Guru membetulkan kesilapan pelajar. |
| ABM Botol mineral Gelas Mangkuk Botol susu Strategi Inkuiri penemuan Nilai murni kebersihan | ||||||||||
Langkah 3 15 minit | 1. Guru mengedarkan latihan kepada pelajar. 2. Pelajar dikehendaki untuk menyiapkan latihan ini secara individu. 3. Pelajar diberi masa selama 10 minit untuk menyiapkan latihan ini. 4. 5 minit lagi diperuntukkan kepada guru untuk membincangkan jawapan bersama pelajar. 5. Pelajar diminta untuk menyiapkan latihan yang terdapat dalam buku teks sebagai kerja rumah | Rujuk lampiran 1 | ABM Lembaran kerja | ||||||||||
Penutup 5 minit | 1. Guru memberi rumusan kepada murid. 2. Murid berinteraksi dengan pelajar 3. Guru membinbing murid mendendangkan lagu sungai | 1. Cecair adalah merupakan bahan yang berair dan tidak boleh dipegang. 2. Tiga sukatan asas yang kita pelajari hari ini ialah: - Penuh - Setengah - kosong lagu sungai airmu mengalir dari gunung jauh di sana jernih dan sejuknya, sungguh indah dipandang mata kau tetap mengalir walau apa, halangan tiba tak berhenti henti, hingga sampai di laut nanti masa juga, kan berlalu tak menunggu kita gunakanlah, sepenuhnya janganlah leka kau tetap mengalir walau apa, halangan tiba tak berhenti henti, hingga sampai di laut nanti | Kosa kata - Penuh - Setengah - kosong ABM Laptop Speaker Lirik lagu |
No comments:
Post a Comment