Pemilik Blog

My photo
Terima kasih di atas lawatan anda..... Esok datang lagi ya..............

Wednesday, October 20, 2010

Bahan bantu mengajar Isipadu cecair


Bagi mengajar topik ini, bahan yang sesuai amatlah penting untuk menerang konsep isipadu cecair kepada pelajar. Sebagaimana matapelajaran yang lain, kriteria bahan yang digunakan perlulah diambilkira terlebih dahulu. Kesesuaian bahan bantu mengajar yang sesuai perlulah memiliki ciri seperti mudah didapati. Perkara ini membolehkan guru senang untuk mendapatkan bahan tersebut dan sekaligus menjimatkan masa guru. Selain daripada itu, bahan yang akan digunakan juga perlulah bersifat ekonomi dan tidak terlau mahal. Perkara ini akan membolehkan seseorang guru mendapatkan bahan tersebut dengan senang dan mudah.
            Selain daripada itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga perlulah berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingat oleh pelajar jika dijadikan contoh. Tambahan pula, bahan bantu mengajar hendaklah sesuatu yang dikenalpasti oleh guru tersebut untuk direka dan digunakan. Aras pelajar juga perlulah diambilkira oleh guru sebelum memilih sesebuah bahan bantu mengajar.
            Oleh yang demikian, untuk tajuk yang akan saya libatkan ini, iaitu isipadu cecair, saya amat bersetuju untuk menggunakan bahan terpakai bagi memperkenalkan ukuran tidak piawai ke atas isipadu cecair. Bahan yang saya maksudkan ini ialah botol, gelas, botol plastic air mineral, mangkuk dan botol susu.






Bahan bahan tersebut amatlah sesuai bagi saya untuk memperkenalkan isipadu cecair kerana ianya belum lagi melibatkan standard unit (ukuran piawai). Apa yang penting untuk saya ketengahkan ialah perkataan kurang, separuh, kosong, penuh dan lebih separuh. Sebagaimana yang kita ketahui, untuk peringkat tahun dua masih lagi belum menggunakan ukuran piawai, maka bahan yang saya bawa ke kelas adalah bahan yang tidak memerlukan sukatan yang paling tepat.
            Maka dengan itu, saya memilih bahan ini kerana pada pendapat saya, ianya memiliki segala kehendak bahan bantu mengajar yang saya maksudkan tadi. Ianya pernah dilihat oleh pelajar sendiri ketika mereka berada di rumah dan kehidupan seharian malahan mereka sendiri pernah menggunakannya.
            Selain daripada itu, bahan tersebut juga mudah didapati dan ada daripadanya merupakan bahan terbuang seperti botol mineral kosong. Secara tidak langsung, bahan yang saya gunakan ini dapat membantu pelajar menyemai semangat alam sekitar dalam diri mereka. Dari segi tahap mereka pula, tidak menjadi masalah yang menyukarkan mereka kerana semua pelajar sudah pasti kenal dengan bahan tersebut.  Dengan ini, saya amat bersetuju dengan penggunaan bahan ini untuk tujuan memperkenalkan isipadu cecair kepada pelajar tahun dua di sekolah saya.

          Bahan bantu mengajar yang sesuai bagi pendapat saya seterusnya pula ialah bikar dan silinder penyukat. Bahan ini dapat kita gunakan ketika mengajar para pelajar dalam memperkenalkan konsep isipadu cecair. Biarpun ianya mempunyai sukatan, namun ianya mudah dilihat dan diamati oleh pelajar. Tambahan pula, bahan ini selalunya ada di kawasan sekolah terutamanya di makmal sains. Selain daripada mendapat konsep isipadu, pelajar juga akan mendapat persoalan kegunaan skala sala di tepi bikar tersebut sekaligus menghasilkan semangat ingin tahu pelajar.

         

          Silinder penyukat dan juga bikar juga amat sesuai digunakan apabila memperkenalkan konsep isipadu cecair kerana bahan inilah yang bakal kita gunakan pada peringkat yang lebih tinggi. Hal ini membolehkan pelajar menjadi biasa dan tidak janggal lagi apabila melihat silinder penyukat dan juga bikar suatu masa kelak. Namun demikian, isu keselamatan juga perlu didedahkan agar tidak berlaku kemalangan ketika menggunakan bahan ini.

Proses menyukat isipadu cecair


Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa saiz bekas yang berbeza dapat mengelirukan kita dalam menentukan isipadu cecair. Oleh demikian, kita pada hari ini amat bertuah kerana dapat menggunakan unit standard untuk menentukan perkara ini. Pelajar sebenarnya pernah melihat ukuran standard isipadu cecair seperti yang terdapat pada botol ataupun tin minuman namun mereka tidak sedar akan perkara ini. Dengan memberikan bimbingan dan tunjuk ajar, maka seseorang guru akan dapat membantu mereka dengan sebaik mungkin.
            Terdapat dua sukatan yang kita dapat gunapakai dalam menyukat isipadu cecair pada tahap sekolah rendah iaitu milliliter  (ml ) dan liter ( l ). Dengan adanya unit ini, maka dapatlah kita mengurangkan masalah konsep pelajar terhadap perbezaan isipadu dalam dua atau lebih bekas yang berbeza saiz. Antara alat yang kita boleh gunakan ialah seperti  bikar, silinder penyukat dan sebagainya. Bagi menegaskan lagi perkara ini, saya sertakan sebuah video pendek berkenaan penggunaan alatan menyukat isipadu cecair yang saya perolehi dari laman : http://www.youtube.com/watch?v=iPkZlce84ag .



        Saya memilih video ini kerana ianya amat sesuai bagi kepada saya. Penerangan yang jelas membolehkan saya memahami apa yang diutarakan. Selain daripada itu, visual video ini amatlah terang dan bersahaja. Seterusnya saya akan membincangkan pula kaedah dan teknik menggunakan silinder penyukat seperti yang kita dapat tontoni melalui video ini.
        Setiap silinder penyukat adalah mempunyai skala yang sama dengan silinder penyukat lain. Biarpun saiz sesebuah silinder itu berbeza, namun kapasiti dalamnya tetap tepat kerana ianya standard. Sebelum menyukat isipadu, pastikan kita berada pada sebuah permukaan yang rata seperti sebuah meja. Penggunaan silinder penyukat amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah kerana ianya boleh didapati di makmal sains sekolah.

        Bagi proses menyukat pula, kita bolehlah menuangkan air ke dalamnya dan membuat kiraan yang tepat. Peranan kedudukan mata amatlah penting dalam memastikan ketepatan bacaan.bacaan yang tepat adalah berada selari dengan skala sukatan bukanya dari pandangan atas mahupun bawah seperti dalam gambar yang ditunjukkan.





        Sebagaimana yang telah ditunjukkan pada gambar ini, proses bacaan perlulah berada selari dengan aras cecair yang hendak disukat. Terdapat beberapa kemungkinan jawapan yang memuskilkan pelajar iaitu garisan aras cecair agak tebal. Namun demikian, adalah ditegaskan bahawa garis yang paling di bawah itulah merupakan jawapan yang paling tepat untuk menentukan aras cecair dalam silinder. Oleh demikian, adalah tanggungjawab seorang guru untuk menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci kepada pelajar kita agar mereka lebih faham dan masalah konsepsi dapat diatasi.

Thursday, October 14, 2010

Pengenalan

Masalah konsepsi isipadu cecair boleh kita definisikan sebagai kesilapan penaakulan pelajar terhadap kapasiti isipadu dalam dua bekas yang berbeza. Seseorang pelajar akan menganggap tinggi kapasiti air sebagai penanda aras banyaknya air di dalam sesuatu bekas seperti gambar yang dibawah.
Pelajar akan menganggap air dalam mangkuk adalah paling sedikit manakala air dalam botol adalah paling banyak.
Sepertimana yang ditunjukkan pada gambarajah di atas, pelajar akan menganggap bahawa air di dalam mangkuk itu paling sedikit kerana tinggi airnya adalah paling rendah berbanding objek lain. Manakala, mereka pula akan menganggap air di dalam botol itu paling banyak kerana pada pandangan mereka air pada botol itu antara yang paling tinggi antara ketiga tiga objek tersebut. Namun, setakat mana kesahihan visual mereka. Perkara ini perlu kita perbetulkan bagi memperbaiki persepsi mereka terhadap perkara ini.
            Bagi mengukuhkan lagi kenyataan ini, saya sertakan satu tayangan video yang menunjukkan kejadian sebenar bahawa pelajar mengalami kesilapan konsep apabila cawan yang digunakan bertukar dari cawan pendek ke cawan tinggi tetapi lebih kecil.
 

Muka dimah

Miskonsepsi merupakan salah satu masalah yang tidak asing lagi dalam diri pelajar kita terutamanya mereka yang berada di bangku sekolah rendah lagi. Oleh demikian, pada tugasan kali ini, saya akan menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan masalah konsepsi pelajar terhadap sukatan isipadu cecair sebagaimana yang terkandung dalam soalan tugasan OUM HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO.